Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Di Asia Tenggara
Definisi Imperialisme
Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu

1. Keistimewaan Asia Tenggara
● Kedudukan strategik kerana terletak antara China dan India.
● Jaminan pasaran yang luas.
● Tanah-tanih yang subur untuk pertanian.
2. Revolusi perindustrian.
● Kepesatan perindustrian membolehkan pengeluaran hasil perkilangan secara besar-besaran.
● Bekalan bahan mentah konsisten dan kawasan pasaran baru diperlukan.
● Asia tenggara menjadi sasaran kerana bahan mentahnya.
3. Pengangkutan dan Perhubungan
● Kapal wap membolehkan muatan banyak dan mempecepat perjalanan.
● Pembukaan terusan Suez (1869) memendekkan jarak perjalanan.
● Telegraf memudahkan perhubungan.
4. Persaingan kuasa-kuasa barat
● Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan yang diterima.
● Keluasan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan kekayaan
5. Alasan Orang Barat
● British & Belanda- Beban orang Putih
● Perancis- Tugas menyebarkan Tamadun
● Mubaligh Kristian berpendapat mereka bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian kepada penduduk di tanah Jajahan.
Faktor-Faktor Kemunculan Nasionalisme
1. Dasar Penjajahan Barat
● Sistem tanaman paksa di Indonesia
● Sistem Polo di Filipina
● Penduduk tempatan dipaksa menjadi buruh bagi menjayakan aktiviti pertanian.
● Penjajah barat hanya bergaul dengan golongan elit tempatan.
● Dasar keterbukaan penjajah – kemasukan imigran dari luar telah menguasai ekonomi.
2. Pengaruh Agama
● Gerakan islah di tanah melayu dan Indonesia – penyatuan dunia Islam menentang penjajahan.
● Persatuan Belia Buddha di Burma.
● Di Sepanyolmpengnut Kristian tempatan di anggap kelas kedua berbanding penganut Kristian berbangsa Sepanyol.
3. Karya Kesusasteraan
● Jose Rizal- Novel Noli Me Tangere
● Chairil Anuar- Kerikil-kerikil tajam & Ke Makam Bonda
● Menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan.
4. Sistem Pendidikan
● Di Indonesia anak golongan priyai diberikan pendidikan tersendiri
● Di Burma pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh di perkenalkan.
● Di tanah melayu lepasan sekolah vernakular sukar mendapat pekerjaan.
● Sikap pilih kasih dalam memberikan pendidikan menimbulkan rasa tidak puas hati.
5. Kemunculan golongan intelektual
● Mereka berpeluang belajar di barat dan Asia barat.
● Mereka menjadi pemimpin gerakan nasionalisme.
● Peringkat awal – hanya menuntut taraf hidup bangsa mereka di bela.
● Peringkat akhir- meminta penjajah membebaskan negara mereka.
6. Pengaruh Media Massa
● Vietnam- Tribune Indigine
● Tanah Melayu – al-Ikhwan, Saudara dan majlis
● Menyebarkan idea-idea nasionalis
● Menanam perasaan anti penjajah.
7. Sistem pengangkutan dan perhubungan
● Perkhidmatan telefon dan telegraf
● Memudahkan hunungan kalangan nasionalis
● Jalanraya dan jalan kereta api
● Memudahkan pertemuan dan idea-idea nasionalisme.
8. Pengaruh Luar
● Kejayaan jepun menewaskan Russia dan China.
● Keupayaan negara kecil menewaskan negara lebih besar.
● Perjuangan mahatma Gandhi di India.
● Menggunakan strategi enggan bekerjasama dengan penjajah secara mogok lapar.

Perkembangan Nasionalisme Di Filipina
Tahap Pertama
● Dipimpin – Jose Rizal
● Bersifat sederhana
● Bergerak cergas dalam politik melalui gerakan dakyah semasa di Sepanyol
● Berjuang melalui akhbar La Solidaridad & Novel Noli Me tangere & El Filibusterismo
● Berjuang melalui liga Filipina pada tahun 1892.
● Penyokong : golongan pertengahan yang berpendidikan barat.
● Matlamat perjuangan :
- Menuntut supaya Filipina dijadikan wilayah sepanyol.
- Menuntut supaya bangsa Filipina diberikan hak yg sama seperti bangsa Sepanyol.
- Menunntut supaya bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara.
● Tuntutan mereka kurang mendapat tindak balas sepanyol.
● Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina pd 1892.
● Jose Rizal ditangkap dan dibuang negeri ke Dapitan Mindanao.
● Jose Rizal akhirnya dihukum bunuh atas tuduhan terlibat dalam gerakan pemberontakan.
Tahap Kedua
● Penentangan secara radikal
● Pertubuhan Katipunan ditubuhkan oleh Andres Bonifacio
● Matlamat katipunan
● menyatukan bangsa Filipin
● mencapai kemerdekaan melalui revolui
● Media cetak iaitu akhbar Kalayan
● Katipunan melancarkan revolusi bersenjata tetapi gagal.
● Katipunan semakin lemh selepas Bonifacio dihukum mati oleh Emilio Aguinaldo.
● Aguinaldo berjaya mengusir Sepanyol dengan bantuan Amerika Syarikat.
● 1899 Aguinaldo mengisytiharkan kemerdekaan Amerika Syarikat.
● Tetapi tidak disahkan oleh Amerika Syarikat.
● Aguinaldo meneruskan gerakan revolusi.
● Aguinaldo ditangkap.
● Kerajaan Amerika terpaksa membenarkan parti politik sederhana.
● Parti nasional pimpinan Sergio Osmena menang dalam pilihanraya.
● Sergio Osmena dilantik mengetuai Dewan Perhimpunan.
● 1930an nasionalis Filipina kembali menuntut kemerdekaan melalui perlembagaan setelah pucuk pimpinan Amerika Syarikat bertukar kepda yang lebih liberal.